heh, tajuk entri nak ambil hati sebenarnya. sebab lupa wish birthday empunya diri tepat pada masanya.
kak suzie, happy bufffdayyyyy!!!!
sebenarnya dia ni bekas budak bilik time kat kolej dulu. singaporean yg jarang speaking tapi bijak pandai English. kami rapat dari segi hati ke hati. i love her. miss her sooo muccchhh. ah. bukan sebab kami ini lesbi. oh jauh sekali. aku rasa la, kami memang banyak persamaan dari segi minat dan perangai. dulu kami tak bertegur pon. itu la persamaan kami. dia jenis tak suka tegur orang selagi orang tak tegur dia dulu. aku pon macam tu jugak. tapi, oleh kerana aku comel miahahaha(takdelah) maka tarikan kecomelan aku berjaya runtuhkan tembok keegoan dia untuk menegur aku dulu. hahaha.
dia ni baik, suka bagi orang hadiah. aku ni pulak suka request hadiah tanpa segan silu. kenyit-kenyit mata sikit kat dia, mesti dia bagi hadiah punya. hahaha. cuba tengok gambar profile hamba yg kucing hitam sedang tidur dengan bantal spiderman tuh, kak suzie ni lah kasi. dan bantal tu sampai sekarang ada dan tak pernah miss bawa kemana-mana even pegi tempat jauh pun. kalau malu nak peluk, aku simpan je dalam dalam beg. yang penting bawa.
ops ini bukan cerita pasal bantal. ini entri khas tentang kak suzie! (sekali lagi, nak ambil hati dia sebab lupa wish birthday tepat pada masanya)
kak suzie ni banyak kali ajak aku pergi singapore. tapi apakan daya, passport hamba tak buat lagi. nanti ila dah banyak duit erk baru pegi sana. ila janji! (bila la aku akan banyak duit hahaha). anyway, kak suzie ni dulu amik kos syariah. kos agama. dia pandai arab. saat aku tak boleh lupa bila dia tolong aku siapkan assigment bahasa arab sampai tgh malam dan aku berjaya dapat A+ dalam subjek tersebut. miahahaha. terima kasih sebab tolong hamba.
saat kedua yang aku tak boleh lupa lagi, pabila kita berdua makan ikan bawal steam kat kajang (dia ni baik, suka belanja.) oh masih ingatkah kak suzie saat itu? paling best kita makan aiskrim sorok-sorok dalam bilik usrah bergelap sebab tanak kongsi dengan kak ju a.k.a kakak sewel! hahahahahaha. ingat tak dulu kita geli makan ikan keli. sekali try best pulak rasanya. dan sampai sekarang aku suka makan ikan tu. kak suzie pulak berlaku tidak adil bila menggemari ikan lain. apa nama dia tuh ikan sisik2 lebar2 kan? (well, aksi makan-makan je banyak aku ingat)
masih ingat lagi tak kita gaduh?
kak suzie merajuk kat aras lima (atau empat tak tau pergi mana puas dicari oleh kak shida dan kak nor) sebab aku tanak pergi kajang. hahahah. bukan tanak pergi, atm rosak waktu tu jadi hamba tadak duit. heh malam baru kak suzie balik bilik. lepastu pagi-pagi esoknya ila dengan dila tulis mesej kat nota kecil warna kuning mintaa mahaaap! oleh kerana kecomelan aku, kak suzie mahaaaap kan kami. tapi aku pulak buat aksi-aksi merajuk lepastu hahaha.
18/8/2008 hari jadi kak suzie kan? ingat ila lupa ke? saje je bagi gempak nak wish secara tunggal. baru istimewa. (ayat cover, kalau silap tarikh tu mintak mahaaappppp!!!)
kawan-kawan sekalian, aku minta maaf sangat kalau lupa tarikh lahir korang. serius aku memang tak ingat kalau nombor-nombor ni. tu pasal waktu sekolah aku tak pandai matematik. dah la tak ingat, malas nak set reminder kat hp pulak tu. huhuh sila lah belasah saya.
kalau kamu-kamu nak tahu, time hari jadi aku. mentang-mentanglah tarikh lahir pada 5 haribulan 5. hanya LIMA orang je lah yg wish hari jadi kat aku. tapi takpa, aku tak sedih, aku tak kecewa. sebab sapa lah aku, yg hina tak ingat hari jadi orang. padan muka aku.
oh ya, kalau kamu-kamu nak bantu aku lah kan ingat kan tarikh birthday kalian. senang je, samakan tarikh lahir tersebut dengan orang-orang yg berpengaruh. cthnya sama dengan tarikh lahir anwar ke? dolah ke? (klu ni mgkin malas nak ingat lah), suharto ke? bush ke? aeron sharon ke? atau penyanyi2 yg aku minat (skali lagi yg aku minat saja). tapi aku tak banyak minat penyanyi. ah pandai2 korang lah.
4 insan (yg betuah) aku ingat tarikh lahir diorang:
hari jadi emak 7/4/1956 (ni melampau la kalau tak ingat)
hari jadi kakti 20/12/1980 (sebab sama dengan befday dr.m)
hari jadi ehem 29/5/1986 (kerna cinta mesti ingat hehehe)
hari jadi aku 5/5/1987 (kalau tak ingat memang lupa ingatan la, jangan lupa hadiah untuk saya pada tarikh ini ya :p )
Posted by suhaila samsuri
